Tuesday, 5 July 2016

Nukilan Buat Seorang Teman

Pada petang 04 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan, aku menerima satu berita yang membuat seluruh tubuh aku longlai, remuk, jatuh rebah ke tanah. Ibarat ia satu gurauan yang keras dan sukar untuk di terima. Ibarat ada sesuatu yang merentap jiwa aku. Kehilangan seseorang yang sentiasa menawarkan senyuman dan gelak tawa kepada sesiapa saja yang mengenali dirinya. Kehilangannya bukan hanya dirasai aku seorang, bahkan sesiapa yang mengenalinya turut terpukul sama. Seperti tamparan yang hinggap ke pipi tiada sebab tapi punya kesan yang tersangat dalam.
Aku dah kumpul kekuatan dalaman aku untuk menulis sesuatu yang ringkas dan sentiasa segar dalam kenangan sejarah perkenalan kita. Tapi maaf ye aku terpaksa menulis sambil mata merembes air jatuh ke pipi

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2010
"Awak ni student Poli ke? Awak cari bas ke Poli ke?"
"Yup student Poli. Nak cari bas nak balik Poli" Kataku
"Oh, bas Poli dekat seberang jalan, berdekatan dengan Petronas. Maaf lah ye menakutkan awak tadi. hehe"

Masih segar diingatan cerita kau dan aku, berkejaran di Terminal Bas Seremban sewaktu kita sama-sama di Semester 1. Aku yang baru sampai dari JB menjajar satu terminal mencari pengangkutan yang membawa student Poli balik ke kampus. Masa tu kita saling tak mengenali, dan kau mengekori aku dari belakang. Dengan rasa ketakutan, aku berjalan dengan lajunya mengelilingi terminal dan akhirnya niat kau hanya ingin menolong aku.

Dari hari tu, aku ada perasaan takut, marah, tak suka dengan kau. Sepanjang pertembungan aku dan kau di dalam kawasan Poli mesti kau akan cakap
"Haa kejar dia, kejar dia hahahaha"
Dan aku pun terus bergerak dengan pantas meninggalkan senyuman sinis. Sepanjang dua Semester kita tak pernah bertegur sapa.

Tahun 2012
Suatu hari, di Semester 3, waktu tu dah nak penghujung semester dan semester seterusnya kita akan ke Latihan Industri, kau datang ke rumah sewaku bersama dengan kawan kau yang bernama Syuk. Kau asalnya datang bertujuan untuk bertemu dengan Housemate aku, Zarina. Aku pun keluar je dari pintu rumah kau terus gelak dan berteriak
"Haa inilah budak yang aku kejar masa semester 1 kat terminal, kemain sombong lagi. Dah lah lari, jumpa kat Poli pun tak nak pandang aku. Muka ketat dengan takut je selalu bila jumpa aku hahhahahaah" 
"Eh kau rupanya, apehal kau kat sini, sibuk je" kataku sambil menjeling
"Kau terus cakap kau minta maaf pasal hal dulu, setiap kali jumpa kau nak minta maaf sebenarnya tapi kau tengok muka aku gabra semacam, memang suka lah nak menyakat kau. hehe"

Ingat tak dari hari tu kita terus jadi baik, kita terus jadi kawan. Sampailah suatu saat masa kita sama-sama melakukan praktikal. Kau di Kuantan dan aku di Subang. Kau call aku
"Mok, maaflah aku busy lah. Aku lupa nak kabar ke kau yang Ayah aku baru je meninggal dunia seminggu lepas, aku sedih tak tahu nak kabar ke sapa" kata Ridhuan
"Lah Wan, napa kau tak beritahu aku awal-awal, aku ucapkan salam takziah ye buat kau dan keluarga" kataku dalam nada sayu
Masa tu bulan Puasa, kau kata persiapan raya dah siap. dah ade pun baju Ayah kau untuk raya. Tapi Arwah tak sempat nak beraya bersama.

Masa mula Semester ke 5, kita dah jarang berhubung disebabkan busy. Tapi kau masih contact dengan Ina. Lepas tu kau suka datang rumah sewa aku, kau panggil aku keluar. Lepas tu kita bergurau sampai aku keluarkan penyapu dan penyodok sebab nak rodok kau Wan. Sebab kau jahat sangat dengan aku masa tu. Kau kunci aku kat luar pagar then kau suh aku merayu bukak pagar sambil kau rakam. Kau ingat kan kau rakam lepas tu gelak gelak kau tengok semula video tu. Kau kata aku comel, macam mek kelantan. hahaha Macam macam mimik muka kau rakam. Suka sangat kau masa tu. Kau suka gelak terkekeh kekeh sampai apa yang kau cakap pun aku tak paham.

Tahun 2013
Masa Final Semester kita selalu habiskan masa bersama, kau selalu follow kitorang sebab Ina ajak kau sama. Sampai ke KL. Ingat tak kita Buka Puasa kat OU tepi kaki lima sebab kedai penuh. Makan roti je masa tu. Lepas tu kau ingat tak kau Follow aku pergi saksikan Perlawanan Bola - JDT vs Kelantan pada tahun 2013, kita naik satu kereta. Tengah berjoget dalam kereta, kereta aku pulak mati. Terus terdiam semua dalam kereta, tu lawak. Memang lawak sebab masa tu baru bukak tingkap lambung lambung mafla. Masa tu kau pakai baju EA, sebab kau malu, kau beli JERSI JDT kat stadium, yang warna pink tu. Sampai setiap perlawanan JDT kau sauk baju tu kan.

"Mok tengok ni aku pakai baju JDT weh , aku support kau tau" kata Wan
"Yeah kau support aku" walhal masa tu Pahang tengah berentap dengan JDT tu

Kau selalu call aku, selalu rindu aku. Selalu bagi nasihat ke aku. Selalu dengar masalah aku. Kalau tengok aku tweet memacam, something yang tak kena pada mata kau, mesti laju je kau PM aku, laju je kau call aku. Bila call aku mesti suara kau yang terkekeh kekek menyerlah.


MASIHKAH KAU INGAT.....

Kau ingat tak Wan, bila kau dapat tahu aku beli iPhone. Kau punya excited nak FaceTime dengan aku. Kata kau, boleh tengok aku buat mimik muka pelik pelik yang boleh menghiburkan hati kau.
Kau ingat tak bila masa birthday aku je, kau mesti nyanyi untuk aku. Walaupun kau pelat "R" tapi kau tetap gigih nyanyi. Aku simpan recording tu semua. Kalau aku rindu, aku boleh dengar kan Wan.
Kau ingat tak Wan , kau selalu cakap kat aku jaga diri, jaga aurat. Kalau aku pakai DP gambar lama tak bertudung, walaupun tak nampak rambut dan muka kau tetap mintak aku tukar DP, teguran kau baik sangat Wan. Dengan pantasnya aku tukar DP tu.
Kau ingat tak Wan, kau selalu cakap nak makan nasi minyak aku, Nasi Minyak kacukan orang Johor dan orang PD. Kau kata kau tunggu sangat hari tu sampai sebab kau dah mengidam sangat. hahaha :')
Kau ingat tak Wan, hari terakhir kita borak hari Sabtu 02hb July 2016, kau call aku. Waktu tu aku tengah sibuk cari barang, aku sempat angkat call kau. Macam biasa kau kalau borak kau suka gelak gelak, lepas tu aku tanya kau nak apa Wan. Selamba kau cakap aku rindu nak main kejar-kejar dengan kau macam dulu. Lepas tu macam biasalah aku cakap kau gila. Tapi aku tak sangka itulah gurauan terakhir kau kat aku.
Kau ingat tak yang kau selalu cakap kau nak berkawan dengan aku sampai mati. Ye! Kita berkawan sampai hujung nyawa kau.
Kau pernah cakap kat aku, yang aku ni baik sebab selalu bantu kau. Tak apa Wan, tu harta dunia. Aku halalkan semuanya, aku tak minta apa apa dari kau atau keluarga kau atau keturunan kau. Aku cuma nak kau tenang kat SANA.
Lepas ni dah tak ade sapa nak kacau aku tengah malam buta, call aku tengah malam buta, bagi gelak tengah malam buta, nasihatkan aku tengah malam buta. Terima kasih sebab tak putus asa kejar aku untuk jadi sahabat, kawan, teman aku.


Aku lemah sangat bila Syida cakap kau dah tak ade. Sampai aku terduduk secara tiba-tiba Wan. Aku tak mampu nak cakap apa. Aku tak boleh terima kenyataan yang kau dah tak ada, yang kau dah 'putuskan' hubungan dengan aku buat selamanya. Terus terimbau gelak tawa kau. Aku tulis sambil menangis Wan. Sebab kau pernah janji kat aku, kau akan datang jumpa aku, nak lepak dengan aku, nak naik kereta aku, nak teman aku sebab aku suka tekan pedal minyak lelaju kalau marah, kau akan datang bila aku kawen tapi kenapa kau mungkiri janji kau. Kau tinggalkan aku dengan kenangan kau dan nasihat kau.

Sikit-sikit aku belajar terima kenyataan Wan.
Tenanglah Wahai Teman. Doa aku akan sentiasa mengiringi kau di SANA. InsyaAllah aku pun akan menyusul tapi tak tahu bila. Allah SWT lebih sayangkan kau, dia tahu kau baik, lebih baik daripada aku.


Al- Fatihah,
Mohamad Riduan Bin Hashim
1992 - 2016


Ni kenangan kita, lama tak jumpa. Tak sangka ini pertemuan terakhir kita.

Aku akan simpan suara kau buat pengubat rindu Wan.

Gurauan terbaru dan terakhir kau. Kau suka panggil aku gila kan :')
Ye, Allah SWT dah makbulkan apa yang kau hajati. Dibulan mulia dan baik ini.



Awan putih 
Awan gelap 
Langit biru 
Tetap biru 
Orang baru 
Orang lama 
Dunia tetap 
Tetap sama 
Sentiasa 
Kita kan berubah 
Tetap kita ada 
Kewujudan membawa 
Perpisahan 
Terus berkekalan 
Kekal dihatiku 
Kekal dihatiku

No comments:

Post a Comment