Friday, 25 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2015

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (Eid ul Adha @ Idul Adha) 1436H/2015 kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia khususnya. Semoga Eid Mubarak tahun ini membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup kita semua.

Sambutan Hari Raya Aidiladha ini amat istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail AS dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Kita seorang muslim dan manusia, mampukah menjadi seperti Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anak yang disayang bagi menurut perintah-Nya? Anak yang ditatang dari ianya dilahirkan dan dibesarkan. Tidak sekuat baginda mungkin. Ketabahan hanya untuk mereka yang sering bersabar dan beriman. Jika tidak kenapa berlakunya pembunuhan dan pembuangan bayi. Insaflah, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kepada semua jemaah haji pada tahun ini, di doakan semoga selamat dan sejahtera serta dikurniakan juga kesihatan dan kekuatan agar dapat menjalankan ibadah rukun Islam ke-5 ini dengan sempurna. InsyaAllah, Semoga semua akan beroleh haji mabrur... amiin.

Namun begitu, kita dirundum berita sedih yang menimpa jemaah haji di Mekah yang melalui situasi dan detik-detik cemas akibat berlakunya kemalangan yang meragut nyawa dan mencederakan jemaah ketika kren yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan jatuh akibat keadaan cuaca yang buruk. Al-fatihah kepada mangsa semua. Allah SWT telah menetapkan yang terbaik. Dan yang terbaru telah berlaku rempuhan jemaah haji di Mina. Allahu, sesungguhnya kuasaMu tiada tandingan. Adakah kita mampu untuk mengetahui setiap yang berlaku? Semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada ahli keluarga mangsa. Sungguh indah kepada Mereka yang dimuliakan di Tanah Suci

Kepada yang melakukan ibadah qurban, semoga segalanya berjalan dengan lancar, beroleh keberkatan dan diterima Allah SWT.

Bersama kita hayati Hari Raya Aidiladha (Eid ul Adha) atau Hari Raya Qurban ini dengan memahami maksud sebenar ianya disambut. Semoga kita semua beroleh rahmat dan diberkati Allah SWT.


Salam Aidiladha
Salam Hari Raya Aidiladha ikhlas dari Noorfarraain Mohd Anis buat sahabat dan tetamu blog ini. Bersama kita mempertingkatkan serta memperkasakan keimanan dan amalan agar menjadi umat Islam yang lebih baik dari semalam untuk kehadapan.

Selamat bercuti dan berbahagia disamping insan-insan tersayang. Eratkan silaturrahim sesama saudara mara dan sesama saudara seIslam :) 

p/s - Semalam cuti hari ni kerja sehari, esok sambung cuti. Moga dipermudahkan segalan urusan pada hari ini.

No comments:

Post a Comment