Wednesday, 10 August 2016

Jadi Macam Dedulu Jap





Assalamualaikum, 
Hai saja je aku nak update blog ni, bosan bosan. Kerja kat office pun tak banyak (Actually tak ade kerja pun). Daripada tak buat apa kan, apa salahnya menconteng conteng blog ni. Bukan selalu pun hihihi

Okay, okay. tak nak sesedih dah. Ni nak share pasal berita gembira pulak. Tentang kawan baik, kawan rapat, kakak tapi kadang kadang macam adik, hosmate, roommate, first kawan masa sampai poli, exclassmate masa kat Poli dulu. Satu bilik, Satu asrama, satu tilam dan kadang kadang satu bantal kalau dalam bilik tidur ramai ramai (Zaman tu memang suka open room kat kengkawan, lepas tu tengok movie, memekak dalam bilik, masak maggi goreng) Kenangan gila masa tu sebab bilik kau jadi tumpuan umum 

Menghitung hari jugak lah dia tu nak tukar status. Dari bujang kepada sudah berkahwin. Aku kira-kira ada 25hari lagi, dup dap dup dap. Dia ni memang special sikit dari kawan kawan aku yang lain. Nak tahu apa special nya? Meh sini aku list satu satu. hahaha

  • Kuat merajuk, Kuat makan hati, Kuat sentap
  • Kadang tu mengada ngada tahap dewa. hahaha
  • Kuat nasihat orang lain padahal kena kat diri sendiri menonggeng
  • Kaki stalker. haha yang ini dia memang raja sebab orang tak boleh buat macam dia buat
  • Dia adalah kakak bagi kami. Semua mesti dengar cakap dia, sapa tak dengar siap lah kau
  • Penasihat kepada kami berempat
  • Muka acah2, suka jeling orang
  • Suka mencarut lepas tu cakap kitorang ajar dia mencarut
Maaflah hari tu kitorang buat kau marah, memang sengaja pun. Masa kau tanya kitorang kat mana sebenarnya masing masing dah berpelukan dan bertungkus lumus buat surprise kat kau dot! hahaha padahal kitorang dalam kereta yang sama, bila buat voice note macam masing masing berasingan pulak. kurrrrr

Masa ni lah kau tanya kitorang kat mana, dengar balik Voice Note tu buat kitorang gelak tau,
orang kuat ni yang dah berbulan aturkan misi misi
Sebelum kau ada, kitorang dah penat tiup belon, pasang tampal tampal. Semua buat sendiri tau, tanpa upah sesiapa pun decorate. 







Masa ni kemain susah lagi nak tutup mata kau, kemain marah lagi kau. ahahahaha 
TARAAAAA!!! cantik tak, cantik tak .



Dari dalam bilik, kita bawak ke luar. Ambil angin sama sama ala ala bawak princess. Aku pulak over hahahaha 


Penat dah sesi photography, kita balik hotel semula dan bersihkan diri. Masa ni memang geram je. Yeye lah aku balik ingat semua dah mandi. Haram! Sorang pun tak mandi lagi, semua masih bergolek atas katil. Kata nak keluar pergi town, last last pukul 9lebih jugak keluar. Terus pergi makan kat asam pedas Kota Laksamana. Lepas makan pergi karoke, lepas karoke main basikal. Double bicycle, masa ni aku lah paling power bergelak sakan sebab first time naik menatang tu. Lawan lumba pun ade jugak, main hon hon dengan skuter. Gila betul. Tapi tulah saat paling manis kita buat. Macam zaman kita study dulu pun ade jugak. RINDUUUU ! 












Kalau tak buat muka bukan Fara lah kan. Apa pun aku nak wish tahniah kat kau syida. Sebab kau bakal berkahwin dan tak boleh nak huha huha macam dulu, kang mak mertua tengok buruk rupa. 
Dengan seikhlas hati, aku nak cakap aku sayang kau. Kadang tu terasa juga lah dengan kau ni, tapi tau kan tak pernah tak sayang . I love You exroommate !

Weh, maaf tau kalau ade kekurangan dari kami aku aten and totok. Tak mampu nak sewa limo, tak mampu nak ade private photographer, tak mampu juga nak invite artis nak raikan kau tapi insyaAllah kami mampu sentiasa di sisi kau di kala kau senang mahupun susah. Kalau ade kecik hati terasa hati tu hadam je lah. Kau paham kan kawan kawan kau ni kaki carut. Tak boleh nak hadam duduk jamban flush air . 

Saja aku share link bawah ni sebab ni lah kita yang dulu sampai sekarang. Thanks pernah update blog pasal akuu. muahahahaha :D







P/S: Dah sebulan arwah Wan pergi tinggalkan aku. Al-fatihah, semoga kau tenang kat sana sahabat :') Kau mesti tengok aku dalam diam kan, kau nampak aku tapi aku tak nampak kau. Aku rindu kau, tu je aku nak cakap. hehe

Tuesday, 5 July 2016

Nukilan Buat Seorang Teman

Pada petang 04 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan, aku menerima satu berita yang membuat seluruh tubuh aku longlai, remuk, jatuh rebah ke tanah. Ibarat ia satu gurauan yang keras dan sukar untuk di terima. Ibarat ada sesuatu yang merentap jiwa aku. Kehilangan seseorang yang sentiasa menawarkan senyuman dan gelak tawa kepada sesiapa saja yang mengenali dirinya. Kehilangannya bukan hanya dirasai aku seorang, bahkan sesiapa yang mengenalinya turut terpukul sama. Seperti tamparan yang hinggap ke pipi tiada sebab tapi punya kesan yang tersangat dalam.
Aku dah kumpul kekuatan dalaman aku untuk menulis sesuatu yang ringkas dan sentiasa segar dalam kenangan sejarah perkenalan kita. Tapi maaf ye aku terpaksa menulis sambil mata merembes air jatuh ke pipi

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahun 2010
"Awak ni student Poli ke? Awak cari bas ke Poli ke?"
"Yup student Poli. Nak cari bas nak balik Poli" Kataku
"Oh, bas Poli dekat seberang jalan, berdekatan dengan Petronas. Maaf lah ye menakutkan awak tadi. hehe"

Masih segar diingatan cerita kau dan aku, berkejaran di Terminal Bas Seremban sewaktu kita sama-sama di Semester 1. Aku yang baru sampai dari JB menjajar satu terminal mencari pengangkutan yang membawa student Poli balik ke kampus. Masa tu kita saling tak mengenali, dan kau mengekori aku dari belakang. Dengan rasa ketakutan, aku berjalan dengan lajunya mengelilingi terminal dan akhirnya niat kau hanya ingin menolong aku.

Dari hari tu, aku ada perasaan takut, marah, tak suka dengan kau. Sepanjang pertembungan aku dan kau di dalam kawasan Poli mesti kau akan cakap
"Haa kejar dia, kejar dia hahahaha"
Dan aku pun terus bergerak dengan pantas meninggalkan senyuman sinis. Sepanjang dua Semester kita tak pernah bertegur sapa.

Tahun 2012
Suatu hari, di Semester 3, waktu tu dah nak penghujung semester dan semester seterusnya kita akan ke Latihan Industri, kau datang ke rumah sewaku bersama dengan kawan kau yang bernama Syuk. Kau asalnya datang bertujuan untuk bertemu dengan Housemate aku, Zarina. Aku pun keluar je dari pintu rumah kau terus gelak dan berteriak
"Haa inilah budak yang aku kejar masa semester 1 kat terminal, kemain sombong lagi. Dah lah lari, jumpa kat Poli pun tak nak pandang aku. Muka ketat dengan takut je selalu bila jumpa aku hahhahahaah" 
"Eh kau rupanya, apehal kau kat sini, sibuk je" kataku sambil menjeling
"Kau terus cakap kau minta maaf pasal hal dulu, setiap kali jumpa kau nak minta maaf sebenarnya tapi kau tengok muka aku gabra semacam, memang suka lah nak menyakat kau. hehe"

Ingat tak dari hari tu kita terus jadi baik, kita terus jadi kawan. Sampailah suatu saat masa kita sama-sama melakukan praktikal. Kau di Kuantan dan aku di Subang. Kau call aku
"Mok, maaflah aku busy lah. Aku lupa nak kabar ke kau yang Ayah aku baru je meninggal dunia seminggu lepas, aku sedih tak tahu nak kabar ke sapa" kata Ridhuan
"Lah Wan, napa kau tak beritahu aku awal-awal, aku ucapkan salam takziah ye buat kau dan keluarga" kataku dalam nada sayu
Masa tu bulan Puasa, kau kata persiapan raya dah siap. dah ade pun baju Ayah kau untuk raya. Tapi Arwah tak sempat nak beraya bersama.

Masa mula Semester ke 5, kita dah jarang berhubung disebabkan busy. Tapi kau masih contact dengan Ina. Lepas tu kau suka datang rumah sewa aku, kau panggil aku keluar. Lepas tu kita bergurau sampai aku keluarkan penyapu dan penyodok sebab nak rodok kau Wan. Sebab kau jahat sangat dengan aku masa tu. Kau kunci aku kat luar pagar then kau suh aku merayu bukak pagar sambil kau rakam. Kau ingat kan kau rakam lepas tu gelak gelak kau tengok semula video tu. Kau kata aku comel, macam mek kelantan. hahaha Macam macam mimik muka kau rakam. Suka sangat kau masa tu. Kau suka gelak terkekeh kekeh sampai apa yang kau cakap pun aku tak paham.

Tahun 2013
Masa Final Semester kita selalu habiskan masa bersama, kau selalu follow kitorang sebab Ina ajak kau sama. Sampai ke KL. Ingat tak kita Buka Puasa kat OU tepi kaki lima sebab kedai penuh. Makan roti je masa tu. Lepas tu kau ingat tak kau Follow aku pergi saksikan Perlawanan Bola - JDT vs Kelantan pada tahun 2013, kita naik satu kereta. Tengah berjoget dalam kereta, kereta aku pulak mati. Terus terdiam semua dalam kereta, tu lawak. Memang lawak sebab masa tu baru bukak tingkap lambung lambung mafla. Masa tu kau pakai baju EA, sebab kau malu, kau beli JERSI JDT kat stadium, yang warna pink tu. Sampai setiap perlawanan JDT kau sauk baju tu kan.

"Mok tengok ni aku pakai baju JDT weh , aku support kau tau" kata Wan
"Yeah kau support aku" walhal masa tu Pahang tengah berentap dengan JDT tu

Kau selalu call aku, selalu rindu aku. Selalu bagi nasihat ke aku. Selalu dengar masalah aku. Kalau tengok aku tweet memacam, something yang tak kena pada mata kau, mesti laju je kau PM aku, laju je kau call aku. Bila call aku mesti suara kau yang terkekeh kekek menyerlah.


MASIHKAH KAU INGAT.....

Kau ingat tak Wan, bila kau dapat tahu aku beli iPhone. Kau punya excited nak FaceTime dengan aku. Kata kau, boleh tengok aku buat mimik muka pelik pelik yang boleh menghiburkan hati kau.
Kau ingat tak bila masa birthday aku je, kau mesti nyanyi untuk aku. Walaupun kau pelat "R" tapi kau tetap gigih nyanyi. Aku simpan recording tu semua. Kalau aku rindu, aku boleh dengar kan Wan.
Kau ingat tak Wan , kau selalu cakap kat aku jaga diri, jaga aurat. Kalau aku pakai DP gambar lama tak bertudung, walaupun tak nampak rambut dan muka kau tetap mintak aku tukar DP, teguran kau baik sangat Wan. Dengan pantasnya aku tukar DP tu.
Kau ingat tak Wan, kau selalu cakap nak makan nasi minyak aku, Nasi Minyak kacukan orang Johor dan orang PD. Kau kata kau tunggu sangat hari tu sampai sebab kau dah mengidam sangat. hahaha :')
Kau ingat tak Wan, hari terakhir kita borak hari Sabtu 02hb July 2016, kau call aku. Waktu tu aku tengah sibuk cari barang, aku sempat angkat call kau. Macam biasa kau kalau borak kau suka gelak gelak, lepas tu aku tanya kau nak apa Wan. Selamba kau cakap aku rindu nak main kejar-kejar dengan kau macam dulu. Lepas tu macam biasalah aku cakap kau gila. Tapi aku tak sangka itulah gurauan terakhir kau kat aku.
Kau ingat tak yang kau selalu cakap kau nak berkawan dengan aku sampai mati. Ye! Kita berkawan sampai hujung nyawa kau.
Kau pernah cakap kat aku, yang aku ni baik sebab selalu bantu kau. Tak apa Wan, tu harta dunia. Aku halalkan semuanya, aku tak minta apa apa dari kau atau keluarga kau atau keturunan kau. Aku cuma nak kau tenang kat SANA.
Lepas ni dah tak ade sapa nak kacau aku tengah malam buta, call aku tengah malam buta, bagi gelak tengah malam buta, nasihatkan aku tengah malam buta. Terima kasih sebab tak putus asa kejar aku untuk jadi sahabat, kawan, teman aku.


Aku lemah sangat bila Syida cakap kau dah tak ade. Sampai aku terduduk secara tiba-tiba Wan. Aku tak mampu nak cakap apa. Aku tak boleh terima kenyataan yang kau dah tak ada, yang kau dah 'putuskan' hubungan dengan aku buat selamanya. Terus terimbau gelak tawa kau. Aku tulis sambil menangis Wan. Sebab kau pernah janji kat aku, kau akan datang jumpa aku, nak lepak dengan aku, nak naik kereta aku, nak teman aku sebab aku suka tekan pedal minyak lelaju kalau marah, kau akan datang bila aku kawen tapi kenapa kau mungkiri janji kau. Kau tinggalkan aku dengan kenangan kau dan nasihat kau.

Sikit-sikit aku belajar terima kenyataan Wan.
Tenanglah Wahai Teman. Doa aku akan sentiasa mengiringi kau di SANA. InsyaAllah aku pun akan menyusul tapi tak tahu bila. Allah SWT lebih sayangkan kau, dia tahu kau baik, lebih baik daripada aku.


Al- Fatihah,
Mohamad Riduan Bin Hashim
1992 - 2016


Ni kenangan kita, lama tak jumpa. Tak sangka ini pertemuan terakhir kita.

Aku akan simpan suara kau buat pengubat rindu Wan.

Gurauan terbaru dan terakhir kau. Kau suka panggil aku gila kan :')
Ye, Allah SWT dah makbulkan apa yang kau hajati. Dibulan mulia dan baik ini.



Awan putih 
Awan gelap 
Langit biru 
Tetap biru 
Orang baru 
Orang lama 
Dunia tetap 
Tetap sama 
Sentiasa 
Kita kan berubah 
Tetap kita ada 
Kewujudan membawa 
Perpisahan 
Terus berkekalan 
Kekal dihatiku 
Kekal dihatiku

Friday, 25 September 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2015

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha (Eid ul Adha @ Idul Adha) 1436H/2015 kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia khususnya. Semoga Eid Mubarak tahun ini membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup kita semua.

Sambutan Hari Raya Aidiladha ini amat istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail AS dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Kita seorang muslim dan manusia, mampukah menjadi seperti Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anak yang disayang bagi menurut perintah-Nya? Anak yang ditatang dari ianya dilahirkan dan dibesarkan. Tidak sekuat baginda mungkin. Ketabahan hanya untuk mereka yang sering bersabar dan beriman. Jika tidak kenapa berlakunya pembunuhan dan pembuangan bayi. Insaflah, sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kepada semua jemaah haji pada tahun ini, di doakan semoga selamat dan sejahtera serta dikurniakan juga kesihatan dan kekuatan agar dapat menjalankan ibadah rukun Islam ke-5 ini dengan sempurna. InsyaAllah, Semoga semua akan beroleh haji mabrur... amiin.

Namun begitu, kita dirundum berita sedih yang menimpa jemaah haji di Mekah yang melalui situasi dan detik-detik cemas akibat berlakunya kemalangan yang meragut nyawa dan mencederakan jemaah ketika kren yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan jatuh akibat keadaan cuaca yang buruk. Al-fatihah kepada mangsa semua. Allah SWT telah menetapkan yang terbaik. Dan yang terbaru telah berlaku rempuhan jemaah haji di Mina. Allahu, sesungguhnya kuasaMu tiada tandingan. Adakah kita mampu untuk mengetahui setiap yang berlaku? Semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada ahli keluarga mangsa. Sungguh indah kepada Mereka yang dimuliakan di Tanah Suci

Kepada yang melakukan ibadah qurban, semoga segalanya berjalan dengan lancar, beroleh keberkatan dan diterima Allah SWT.

Bersama kita hayati Hari Raya Aidiladha (Eid ul Adha) atau Hari Raya Qurban ini dengan memahami maksud sebenar ianya disambut. Semoga kita semua beroleh rahmat dan diberkati Allah SWT.


Salam Aidiladha
Salam Hari Raya Aidiladha ikhlas dari Noorfarraain Mohd Anis buat sahabat dan tetamu blog ini. Bersama kita mempertingkatkan serta memperkasakan keimanan dan amalan agar menjadi umat Islam yang lebih baik dari semalam untuk kehadapan.

Selamat bercuti dan berbahagia disamping insan-insan tersayang. Eratkan silaturrahim sesama saudara mara dan sesama saudara seIslam :) 

p/s - Semalam cuti hari ni kerja sehari, esok sambung cuti. Moga dipermudahkan segalan urusan pada hari ini.

Tuesday, 22 September 2015

PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA

Assalamualaikum.

Lama mungkin dah tak menulis kat sini, hari ini cuma nak share lah ciri ciri seseorang itu adalah jodoh kita. InsyaAllah, boleh lihat karakternya. hihi

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.




1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Tanda-tanda ini bukanlah benar, hanya sebagai rujukan dan juga perkongsian kepada semua. Jangan nak percaya sangat. Semua datang dari Allah. Allah dah tentukan mana baik mana tidak. Mana bersesuaian mana tidak. Mana jodoh mana tidak.

Sunday, 9 February 2014

Alasan Untuk Bahagia

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Terus pergi membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu

Dan tidak bisa ku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba
Membawa derita

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu
Untuk ku bahagia

Seharusnya kau sadari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

by Asfan


Saje nak post lirik lagu pulak. haha :) Enjoy the lyrics

Sunday, 26 January 2014

I'M BACK ALL !

Assalamualaikum. Hai semua. Dah lama tak berkarya. Rasenya dah lebih daripada 6 bulan. hihihi
Rase kekok pulak nak menulis. Macam janggal lah sebab banyak benda nak dicerita. Banyak benda yang sudah berlaku dan banyak benda yang dah berubah.

Cerita pasal perubahan? huhu HATI adalah satu satunya perubahan paling ketara dalam kehidupan manusia.
Tak semua manusia boleh setia, dan tak semua manusia jugak mampu untuk mengekalkan keHATIan beliau. Aku jugak tidak terkecuali. Dalam soal hati kadang kadang hati yang kita sangka kita mampu untuk kekal akan berubah secara perlahan tanpa kita sedari. Mungkin bukan kita yang akan perasan mungkin ada orang lain yang memerhati setiap tingkah laku kita. Kadang kala aku jugak tidak menyedari tentang egonya diri aku sehinggakan menjadikan seseorang berubah hati.Tak ape lah semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran dalam kehidupan. Tak noleh nak salahkan seseorang atas kesalahannya kerana mungkin kita yang telah merubah hatinya. Kita biarkan saja dia berada dalam kehidupannya. Biarkan dia mengorak langkahnya. Kita hanya melihat dengan penuh senyuman dan berdoa saja untuk kebahagiaan mereka.


Titik pasal perubahan hati. Now, bermulalah cerita tentang kisah diriku setelah dilabel sebagai fresh graduate iaitu aku dah TAMAT PENGAJIAN! hahaha Alhamdulillah, tak sesia lah usaha 3 tahun kat Politeknik Port Dickson yang banyak aku tinggalkan kenangan disana dan tersemat dalam mimpi mimpi indah di waktu malam. Terasa mimpi, terasa ibarat baru sahaja semalam aku menarik sebuah bag yang bernama luggage yang penuh dengan barang barang dan melangkah masuk ke dalam sebuah bangunan yang digelar kamsis. Terasa semalam aku mengenali mereka mereka semua. Dan terasa semalam aku mengenali seseorang yang utama aku kenal semasa aku ingin mengorak langkah dan maju kedepan. Makin hari makin terasa rindu suasana dalam kelas walaupun kelas aku penuh dengan puak suku kaum yang tidak mengenal negeri masing masing dan prinsip. Rindu hari hari yang penuh kebosanan di kala jadual packed seharian. Kelas batal seharian. Lecturer tade seminggu. Budak lelaki dalam kelas yang most of them adalah cute. Budak perempuan dalam kelas yang bising dengan puak masing masing. DPRS2 batch DEC 2010 adalah awesome!

DPR1S2 - DPR6S2 (2010-2013)

Aku juga merindukan satu suasana di dalam sebuah rumah yang dipenghuni oleh mereka yang terdekat bersama dengan aku. Kerinduan yang kadang kita rasa dan kita hanya melepaskan rindu melalui setiap gambar, seperti semalam aku melangkah untuk kali terakhir meninggalkan mereka sambil air mata berjuraian kerana tidak sanggup berpisah. Kerana kenangan yang melebihi segalanya. Kerana mereka yang sentiasa di sisi walau apa terjadi. suka duka menangis ketawa bergaduh dan bermasam muka. Lumrah perasaan semasa menjalinkan hubungan persahabatan walaupun dalam keadaan yang agak terkilan di saat akhir. Bila difikirkan semula antara persahabatan dan keegooan mana yang lebih kuat. 

"Tuhan, tunjukkanlah jalan untuk menempuhi dugaan ini, 
Teman maafkan jika ku melukakanmu.
Aku tidakkan berdaya menahan hibanya rasa kau pergi meninggalka diriku. 
Redhalah dengan apa yang terjadi mungkin ada rahmat yang tersembunyi."



Sahabat, selamat melanjutkan langkahmu. Selamat berjumpa lagi di tangga kejayaan dalam senyum yang lebih indah. Selamat berjumpa lagi andai masih ade ruang dan waktu serta keizinan daripada-Nya, InsyaAllah. Ikhlas daripada sahabatmu:


T.H.E.E.N.D

Monday, 21 January 2013

Kembali Beraksi

Assalamualaikum.
Phew, lame dah tak update macam nie.
Malam malam macam nie.
Cari idea untuk assignment yang sedang beranak pinak.
Sambil itu menaip keyboard untuk deretan entry seterusnya.
Mencari matlamat untuk menyiapkan sesuatu kerja ditenngah malam, sangat mencabar.
Wow! Tak tidur semalaman.
Keesokan hari mata membengkak dan mencari peluang untuk mengganti tidur yang kurang.


Pada hari ini, aku telah membuktikan sesuatu. Sesuatu tentang kehidupan.
Yaa, akhirnya kau masih setia menjenguk blog usangku.
Mencari tahu tentang perihal kehidupanku.
Nampak disitu kau masih menyanyagi aku sebagai seorang teman. Terima kasih untuk itu.
Akan aku hargai setiap apa yang kau lakukan.
Dari mimpi ke realiti, realiti tentang kehidupan bahawa setiap apa yang terjadi tidak mudah untuk dilupakan.
Mungkin, hubungan yang dulu adalah berlainan seperti yang sekarang.
Kini, kau punya DIA dan aku juga punya DIA.
Keistimewaan tersendiri yang membuat mengapa kau masih mencari tahu hal aku dan aku mencari tahu hal kau.
Di kejauhan hari aku menanti saat semua ini terbongkar. Aku menantikan sesuatu keajaiban untuk menjadi seperti sediakala iaitu persahabatan.
Dan akhirnya terima kasih sekali lagi kerana menitikberatkan sesuatu yang tidak pentng sebenarnya tetapi telah membuatkan aku tersenyum dengan itu.
Perkhabarannya, suatu hari mungkin akan menjadi berhari hari dan hari hari itu akan dihiasi dengan nilai persahabatan yang tinggi dan diceriakan dengan kemegahan dalam kemajuan diri, InsyaAllah :)


'Rasa takut bukanlah untuk dinikmati tetapi untuk dihadapi. yang mengasyikkan di dunia ini bukanlah dimana kita berada, melainkan ke mana kita menuju. Keringat yang mengalir di medan latihan adalah penubus darah di medan pertempuran. Jangan biarkan dirimu berada dalam kegelapan kerana dalam kegelapan bayangan akan meninggalkanmu'

Hidup tenang  diperolehi jika sentiasa bersama Allah,
dan Allah akan menyertai orang yang sentiasa membersihkan hatinya :')
-Noorfarraain Bt Mohd Anis-